Thursday, February 23, 2012

Keraguan ?


assalamualaikum . hari ni nak berstoryy pasal banyak benda . first , hari selasa lepas ada someone ni IM aku . aku kenal dia masa tingkatan 2 and time tu dia tingkatan 3 . aku bertugas kat tangga blok D tingkat 3 . masa tu aku selalu la juga usha dia ni sebab dia rajin bebenor kacau aku . one day , semua budak pagi da balik daa so aku just usha usha je la kelas kelas dorang takut takut ada kipas or lampu tak tutup ke kan and tiba tiba aku nampak ada satu akak ni duduk kat dalam kelas and akak ni classmate dia . aku tanya la asal dia tak balik lagi then dia kata dia nak study jap . aku join la dia duduk dalam kelas tu and tiba tiba terkeluar pula sifat berani aku ni nak tanya pasal jejaka N . akak tu pun story la panjang lebar pasal dia . time tu juga aku dapat tahu akak ni sebenarnya ex jejaka N . ha ? gila ke apa ni kan . kebetulan pula akak ni ex dia . malu doe time tu . so , since dia form 4 sampai la 20 Februari 2012 aku tak pernah langsung tegur jejaka N sebab malu punya pasal . suddenly , hari selasa lepas (21 Feb 2012) dia IM aku . masyaAllah ! terkejut besar aku time tu . aku ada terfikir maybe ada orang hack FB dia and tegur aku but rupa rupanya memang betul dia ! panjang la juga perbualan kami ni and dia ada ajak aku pegi seminar . siap bagi no. fon dia kat aku lagi . HAHAHAHAHA . dia bagi no. fon ? mimpi ke ape ni kan ? tak terfikir pun aku akan dapat no. dia :) seminar tu jauh , kat Bandar Tasik Selatan . aku nak pegi tapi ibu macam tak bagi je . dia kata seminar tu pasal perniagaan . nak pegi sangat sangat ni ! tapi rasanya kena cancel la sebab ibu macam tak bagi :( macam mana nak cakap kat dia ? agak agak ape perasaan dia bila aku cancel benda ni ? ya Allah ! tolong la hambamu ini :(

jap , tu baru first story . second story pula , hari rabu ni aku ada re-test JPJ tapi kali ni on the road je la sebab bukit and parking aku da lulus (alhamdulillah) . aduh , takut gila nak menghadapi test JPJ SEKALI LAGI ! hari isnin ni aku ada belajar memandu dengan cikgu Amin . harap harap lulus la nak nya aku kali ni . aku bayar re-test ni guna duit tabung tapi duit tabung tak cukup so ibu ada tambah sikit . aku harap berbaloi la aku menghabiskan duit tabung aku semata mata untuk bayar re-test ni . masa aku test JPJ sebelum ni aku dapat pegawai yang baik tapi teramat sangat la strick ! this time aku harap dapat pegawai JPJ yang okay daripada sebelum ni . ada hikmah disebalik kegagalan aku sebelum ni kan ? *harap harap macam tu la . ya Allah ! permudahkanlah urusan aku pada hari rabu ni . bagi la aku lulus dengan cemerlang . Amin ! :)

okay , da nak habis da story aku . ni yang last one . the last one isssss pasal result SPM . ye, RESULT SPM . result akan keluar pada 22 Mac 2011 . eh , *2012 silap la pula . hehehehehe . wait ! no time for gelak gelak eh . 22 Mac ? lagi bape hari je lagi ni . adakah aku cukup bersedia untuk mengetahui result aku ? adakah aku sudah bersedia nak ke U ? adakah aku da bersedia nak mengharungi hidup pada masa akan datang ? ~banyak persoalan yang berada di minda , banyak tanda tanya dan juga kata kerja . otak kata jangan hati pula kata ya , hidup tak menentu adakah ini cinta ~ eh , silap lirik la . tukar tukar *adakah ini gila . ha ! baru betul sikit . ngok je aku ni . entah apa yang aku merapu tah . ah , biar je la . kepala da berong macam ni la jadinya . aku harap aku dapat result yang bagus yang melayakkan aku masuk ke IPTA . Amin ! cheers :)